Tempatan

Mentega Terbang: Malaysia Madani Perlu Kepelbagaian Sudut Pandangan – NGO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 – “Jika kita mahu menuju ke Malaysia Madani, maka kita perlu mewujudkan persekitaran yang memupuk kepelbagaian sudut pandangan, perdebatan yang sihat, penglibatan yang penuh hormat, dan semangat kreativiti dan inovasi tanpa rasa takut – pembikinan filem dan seni adalah penting untuk ini.”

Demikian kenyataan dari beberapa kumpulan NGO, pertubuhan kreatif dan individu dalam isu filem Mentega Terbang.

BACA JUGA: Pemandu E-Hailing Mangsa Sindiket Wang Palsu

BACA JUGA: PERHATIAN: Jalan Raja, Dataran Merdeka Ditutup Sehingga 13 Mac Ini

BACA JUGA: Denggi: Negeri Sembilan Catat Lonjakan 580 Kes

Menerusi satu kenyataan yang disiarkan, mereka turut menuntut Kerajaan untuk memastikan keselamatan pembikin filem dan artis sentiasa dilindungi untuk mereka meneruskan karya mereka.

“Kerajaan perlu memastikan kandungan kreatif yang dianggap menyinggung oleh segelintir individu dan kumpulan tertentu mesti dikendalikan secara bebas, profesional dan telus untuk melindungi kebebasan kreativiti artis dan juga kanak-kanak bawah umur,” kata mereka.

Selain itu, menurut kumpulan NGO, pertubuhan kreatif dan individu itu lagi, kritikan dan pandangan balas terhadap mana-mana kandungan kreatif harus dibenarkan dalam masyarakat demokratik dengan syarat ia dinyatakan dalam cara yang aman dan tidak berunsur keganasan.

“Sumber dan tenaga harus disalurkan ke dalam literasi media dan membina Malaysia Madani di mana orang dewasa didedahkan, didorong dan diperkasa untuk mengawal kendiri dan membuat keputusan berdasarkan klasifikasi dan citarasa, nilai dan prinsip masing-masing.”

Kata mereka lagi, “Kami berpendirian bahawa penyelesaian jangka panjang tidak terletak pada penapisan filem yang lebih ketat, atau pelaksanaan hukuman terhadap penggiat seni dan bukan sama sekali dengan memberi kuasa kepada penasihat agama ke atas kandungan kreatif.”

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Aliran, Sisters in Islam (SIS), Justice for Sister, Suaram, Pusat Komas, Malaysia Muda, Amnesty International Malaysia, Faisal Tehrani dan banyak lagi.

Terdahulu, samudera.my melaporkan kenyataan dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang mengesahkan bahawa filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah.

Justeru, jabatan itu menegaskan agar penggiat seni kreatif untuk lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat Kerajaan menuju Negara Madani akan tercapai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: