Antarabangsa

Filem Bollywood Anti Muslim Dilarang Masuk Ke Negara Islam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 08 Jun 2022 – Setelah diharamkan di Kuwait dan Oman, kini filem Bollywood Samrat Prithviraj ditangguhkan tayangannya di Qatar kerana mempunyai unsur Islamofobia.

“Selepas larangan di Kuwait dan Oman, kini sebuah lagi negara Islam, Qatar, telah menangguhkan tayangan filem itu,” kata sumber yang tidak dinamai.

Filem Bollywood kontroversi itu mendapat perhatian ramai apabila diisytiharkan bebas cukai di negeri Uttar Pradesh, Madhya Pradesh dan Uttarkhand setelah Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath menonton filem itu dalam tayangan khas.

Filem yang dibintangi pelakon popular Akshay Kumar itu bukanlah filem pertama diharamkan tayangan kerana unsur Islamofobia.

Sebelum ini, filem propaganda The Kashmir Files diharamkan di Singapura kerana menyebar kebencian terhadap Muslim berikutan kandungannya yang memprovokasi dan gambaran sepihak terhadap umat Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: