Antarabangsa

FIFA 2022: Ikon Pemuda Qatar Lantunkan Petikan Surah Al-Hujurat Di Acara Pembukaan

Jangan lupa sertai TiktokYoutubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 21 November 2022 – “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Petikan surah Al-Hujurat, ayat 13 ini dilantunkan oleh Ikon Pemuda Qatar, Ghanim Al Muftah di acara Pembukaan Piala Dunia FIFA di Qatar, semalam.

Berkongsi pentas dengan legenda Hollywood, Morgan Freeman dalam satu segmen pembukaan, Ghanim Al Muftah yang juga Duta FIFA Qatar itu memikat penonton perlawanan bola sepak dunia dengan berkongsikan mengenai dasar hubungan antara manusia.

Ditanya oleh Morgan Freeman, “Bagaimana negara, bahasa dan budaya boleh bersatu jika hanya satu cara yang diterima?” Ghanim al-Muftah berkata, “Kami dibesarkan untuk mempercayai bahawa kami tersebar di bumi ini sebagai bangsa dan suku, supaya kami boleh belajar daripada setiap lain dan temui keindahan dan perbezaan.”

“Dengan toleransi dan rasa hormat kita boleh hidup bersama,” katanya lagi sambil mengalu-alukan semua ke Qatar.

Morgan Freeman juga turut menyampaikan mesejnya mengenai dasar hubungan dan kemasukan sebagai keamanan. Dalam ucapannya, beliau berkata, “Apa yang menyatukan kita adalah lebih besar daripada apa yang memecahbelahkan kita. Kita adalah satu suku besar dan Bumi adalah khemah kita. Bersama-sama kita boleh menyeru agar semua orang bersatu.”

FIFA Qatar 2022 menyingkap tirainya semalam, selepas pelbagai kritikan dan rintangan dihadapi negara Teluk itu menjelang kejohanan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: