Antarabangsa

Festival K-Pop, 30 September Ini Di Riyadh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 12 September 2022 – Konsert K-pop dijadualkan bakal berlangsung di Riyadh, bumi para anbiya’ pada hujung bulan ini.

Kementerian Kesenian Riyadh memaklumkan bahawa konvensyen festival muzik KCON itu akan menampilkan artis-artis individu dan berkumpulan dari Korea Selatan seperti Rain, Sunmi dan Hyolyn.

Selain itu, rakyat kerajaan itu juga akan dihiburkan oleh kumpulan NewJeans, yang terdiri dari anak-anak gadis berusia 14 hingga 18 tahun, Secret Number, Pentagon, The Boyz, Ateez, Oneus, STAYC, dan kumpulan K-pop TO1.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata bahawa penganjuran festival global di negara itu pada 30 September hingga 1 Oktober 2022 adalah dalam konteks pengaktifan perjanjian yang ditandatangani oleh Kementerian Kebudayaan dengan syarikat Korea CJ, dalam rangka pertukaran budaya antarabangsa.

Januari lalu, Konsert K-Pop yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari 2022 sempena Riyadh Season 2 terpaksa ditangguhkan selepas ribut pasir berserta hujan melanda Riyadh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: