Tempatan

Hakim Tidak Kebal, Ada Protokol Perlu Dipatuhi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 25 Februari 2023 – Mana-mana hakim yang masih dalam perkhidmatan tidak kebal daripada siasatan jenayah atau pendakwaan, namun proses tersebut hendaklah mematuhi protokol yang betul, ujar Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Katanya, “Hakim di peringkat tertinggi (Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) tidak kebal daripada siasatan jenayah atau pendakwaan. Mereka tidak perlu digantung tugas atau dipecat sebelum sesuatu siasatan dijalankan atau didakwa.”

“Bagaimanapun, walaupun pihak berkuasa mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menyiasat dan pihak pendakwa raya boleh meneruskan dengan pendakwaan terhadap hakim berkenaan, namun kuasa tersebut hendaklah digunakan dengan niat baik dan hanya bagi kes-kes yang betul,” jelas Tun Tengku Maimun.

BACA JUGA: Hospital Kerajaan Guna Peranti Lama, Doktor Merungut Produktiviti Terjejas

BACA JUGA: Sengaja Panjangkan Krisis Yaman, AS Dituduh Buat Untung Jual Senjata

BACA JUGA: Belanjawan 2023: Kerajaan Naikkan Elaun Guru KAFA Kepada RM1,100

Hal ini ditetapkan supaya proses siasatan atau pendakwaan tidak dilihat sebagai salah guna kuasa atau mengganggu proses keadilan. Bukan itu sahaja, kedua-dua proses tersebut juga boleh dijadikan asas bagi aduan ke mahkamah melalui kuasa semakan.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun menjelaskan sedemikian ketika membaca penghakiman ringkas panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan mengenai permohonan dua peguam dan seorang aktivis untuk merujuk dua persoalan Perlembagaan berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Persoalan Perlembagaan pertama adalah sama ada badan siasatan jenayah termasuk SPRM hanya dibenarkan secara sah untuk menyiasat Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah digantung mengikut Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Manakala persoalan kedua, sama ada pendakwa raya diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat mengikut Artikel 145 (3) Perlembagaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: