Fenomena Air Hijau, JAS Kelantan Lakukan Pemeriksaan
MACHANG, 29 Disember 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan mengambil sampel air sungai di Kampung Kuala Hau yang tular bertukar menjadi warna hijau untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia.
Pengarahnya, Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata, sampel air sungai itu diambil bagi mengenalpasti kandungan bahan pencemar serta menyiasat punca terjadinya fenomena air berwarna hijau.
Katanya, pihaknya menerima laporan kejadian air bertukar berwarna hijau dari penduduk dan susulan tular video mengenai perkara itu.
“Keputusan kimia sampel air yang diambil akan diketahui dalam masa yang terdekat,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, JAS juga akan menyiasat aktiviti di kawasan sekitar dan sepanjang sungai ke berkenaan dengan penggunaan dron.
Sementara itu penduduk setempat mendakwa, fenomena air hijau di kampung itu bukan situasi luar biasa berikutan sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila musim banjir.
@fhraslfikahmd_ Replying to @نور فتيه memang cantik betul ciptaan Allah ni view pagi ni. Yg duk kata pakai filter/edit tu boleh tengok vtt ni Gertok Panjang Kampung Kuala Hau Temangan Kelantan #banjirairhijau #banjirkelantan2023 #banjirkelate2023 ♬ penjaga hati – Nadhif Basalamah
Penduduk kampung, Wan Syafiq Wan Suhaimi, 23, berkata, kawasan berkenaan adalah anak sungai dan bertukar menjadi lautan hijau apabila hujan lebat yang berterusan.
“Air mula bertukar kehijauan pada Sabtu lalu dan pada ketika ada penduduk kampung yang merakam situasi berkenaan sehingga tular di media sosial.”
“Tiga tahun lalu, fenomena ini belum tular kerana dianggap perkara biasa bagi penduduk di kawasan ini,” ujarnya.