‘Fedha’ Pengacara Berita AI Media Kuwait
KUWAIT, 11 April 2023 – Pembaca berita maya yang dibangunkan menggunakan kecerdasan pintar (AI) diperkenalkan oleh sebuah syarikat media Kuwait dengan perancangan, pembaca berita itu akan membaca buletin berita atas talian.
Fedha muncul di akaun Twitter Kuwait News pada Sabtu lepas, dengan membawa imej seorang wanita berambut perang, memakai blazer hitam dan kemeja putih.
BACA JUGA: Polis China Upah Pengintip Larang Muslim Uyghur Berpuasa
BACA JUGA: Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Bebas Segala Tuduhan
BACA JUGA: Peniaga Menu Rahmah Diingatkan Jangan Harapkan Subsidi
Abdullah Boftain, Timbalan Ketua Pengarang penerbitan dan laman web itu berkata, langkah itu adalah ujian bagi mengenal pasti potensi yang boleh ditawarkan oleh AI bagi menghasilkan kandungan baharu dan inovatif.
Beliau turut menambah bahawa pada masa akan datang, Fedha boleh menggunakan loghat Kuwait dan menyampaikan buletin berita di akaun Twitter yang mempunyai 1.2 juta pengikut.
Fedha ialah satu nama lama Kuwait yang popular. Ia merujuk kepada besi perak.
“Kami sentiasa membayangkan robot berwarna perak yang diperbuat daripada logam, jadi kami gabungkan kedua-duanya,” tambah Boftain.
Peningkatan pesat AI secara global menjanjikan pelbagai manfaat, seperti penjagaan kesihatan dan juga kebergantungan kepada tenaga kerja manusia. Namun ia turut mencetuskan kebimbangan mengenai penyebaran maklumat yang salah dan juga ancaman terhadap pekerjaan tertentu serta integriti artistik.