Tempatan

Fatwa Negeri Perlis Gesa Semua Negeri Memfatwa dan Mewartakan Tarikat Naqshabandiyah al-Aliyyah Sebagai Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERLIS, 01 November 2022 – Fatwa Negeri Perlis menerusi kenyataan yang diterbitkannya di laman web rasmi Jabatan Mufti Perlis pada 31 Oktober 2022 menggesa semua negeri untuk memfatwa dan mewartakan Tarikat Naqshabandiyah al-Aliyyah di bawah pimpinan Sheikh Nazim al-Haqqani diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam.

Berdasarkan penilaian dan penelitian ke atas kajian yang telah dilakukan daripada kumpulan pengkaji, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju bahawa ajaran dan kepercayaan Syeikh Nazim al-Haqqani mempunyai perkara yang menyesatkan, khurafat, tahyul dan bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menyeleweng dari ajaran Islam

Menurut jawatankuasa itu lagi, pihaknya mempunyai asas yang kukuh terhadap keputusan yang dibuat setelah mendengar penghujahan daripada kumpulan pengkaji sama ada pro atau kontra sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Keputusan tersebut turut disertakan dengan bukti daripada bahan tulisan serta rakaman ucapan beliau yang tersebar.

Menurut Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, sesiapa yang mengikuti kepercayaan berkenaan turut menjadi sesat.

Antara perkara sesat khurafat dan tahyul yang terdapat dalam kepercayaan Syeikh Nazim al-Haqqani seperti yang dikongsikan fatwa itu ialah beliau mendakwa George Bush dan Tony Blair yang mengebom Iraq merupakan wali Allah (Saint). Dakwanya, mereka telah melakukan tugasan yang mulia iaitu menyerang Saddam Hussein di Iraq. Mereka juga dijaga oleh jin dan wali Allah. Mereka akan menyerahkan pedang dari langit kepada Isa A.S., katanya.

Selain itu, beliau turut mendakwa bahawa wali mendapat kuasa ketuhanan seperti boleh mengalihkan gunung dan memanggil serta bertemu dengan roh di dunia atau di barzakh.

Bukan itu sahaja, dakwanya, orang awam perlu menerima semua hadis dalam kitab sebagai sahih tanpa perlu penelitian. Wali pula menyemak hadis melalui kasyaf seperti keluar cahaya dari teks hadis tersebut.

Beliau juga mendakwa Imam al-Mahdi berada dalam gua di Rubu Khali yang dikawal ketat oleh jin. Katanya, beliau pernah berbaiah dengan Imam al-Mahdi pada tahun 1960 dan berjumpa dengannya pada tahun 1999 serta bertemu secara spiritual pada tahun 2011.

Jawatkuasa Fatwa Negeri Perlis bagaimanapun bersetuju untuk memberi penghujahan kukuh kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berhubung keputusan tersebut.

Kata jawatankuasa tersebut, keputusan yang dibuat penting dalam mengelakkan masyarakat Islam terjebak dengan amalan syirik, khurafat dan membodohkan akal.

Tarikat-1.jpg?resize=212%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1Tarikat-2.jpg?resize=212%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1Tarikat-3.jpg?resize=212%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: