FAMA Bantu Kurangkan Kemelut Bekalan, Edar 250 Ribu Biji Telur
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA TERENGGANU, 06 Januari 2023 – Tampil menghulurkan bantuan berikutan kemelut bekalan telur ayam, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini membantu pengguna dengan mengedarkan 8,542 papan yang mengandungi 256,260 biji telur kepada usahawan bimbingan FAMA.
Menurut laporan media, FAMA Negeri Terengganu memperoleh bekalan telur ayam daripada pengeluar bekalan sumber protein di Melaka dan sebanyak 2,082 papan mengandungi 62,460 biji telur ayam. 982 papan dengan 29,460 biji pula diedarkan terus ke Pusat Operasi FAMA.
Pengedaran papan telur ayam kepada usahawan FAMA yang melibatkan gred A, B dan C serta telur ayam omega itu dilakukan di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar Rakyat (ABR) dan usahawan pasar tani.
BACA JUGA: Harga Makanan Kantin Sekolah Naik 50%
BACA JUGA: Antara Telur, Ayam Dan Babi – Profesor Dr Ridhuan Tee
BACA JUGA: Telur Ayam Mahal, Kerajaan Baru Lembab – CIJ
“Sebanyak 430 papan mengandungi 12,900 biji daripada bekalan itu turut dihantar ke AKR, ABR (350 papan, 10,500 biji) dan 320 papan mengandungi 9,600 biji kepada usahawan pasar tani.”
Edaran FAMA kepada usahawan mereka ini adalah fasa kedua selepas fasa pertama pada pertengahan Disember lalu.