Tempatan

Aksi “Gay Beriman” Bercumbu Dalam Surau Disiasat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANTING, 27 Oktober 2022 – Aksi dua lelaki bercium dan cuba membuka seluar pasangan di dalam surau yang terakam oleh CCTV kini dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Rakaman berdurasi satu minit 50 saat itu memaparkan aksi dua orang lelaki dalam sebuah surau dipercayai di Pekan Banting, Kuala Langat, di mana salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya usai habis solat.

Lelaki itu juga kemudian cuba mencumbui rakannya sebelum dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya.

Polis kini sedang mengesan dua lelaki seperti dalam video berkenaan selepas satu laporan dibuat oleh bilal surau tersebut.

“Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun.”

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norhidayah Mohd. di talian 017-4055363 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: