Tempatan

Fahaman Sakit Mental Tidak Cukup Iman Perlu Dibetulkan – Pakar Psikiatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 07 Oktober 2022 – Pandangan dan fahaman masyarakat umum bahawa pesakit mental atau kemurungan adalah disebabkan rendah atau tiada iman perlu diperbetulkan tegur seorang pakar psikiatri tempatan.

Pakar Psikiatri dan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria mengeluarkan kenyataan sedemikian susulan banyak persepsi dan komen negatif dari masyarakat sekitar terutamanya di media sosial terhadap pesakit-pesakit yang mengalami gangguan mental seperti kemurungan, kerisauan melampau (anxiety) dan lain-lain lagi.

“Salah faham terhadap isu mereka ini tidak cukup iman dan sebagainya, masalah yang kita kena betulkan.”

Menurut Dr Rozanizam, penyakit mental ini adalah satu penyakit yang rumit dan kompleks untuk difahami.

“Kita nak, individu ataupun masyarakat yang berhadapan dengan mereka yang ada penyakit mental bersifat supportive (menyokong), memahami mereka ada penyakit dan memahami bahawa sokongan dan pandangan kita terhadap apa yang mereka lalui itu juga adalah satu bentuk rawatan kepada mereka.”

“Mereka dah la sakit dan tak sihat, dan tetapi dalam masa yang sama berhadapan dengan stigma prejudis individu yang melihat mereka dari aspek negatif, ia sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan.”

Dr Rozanizam juga menyentuh berkenaan beberapa teknik yang berguna untuk mendengar perkongsian individu yang berhadapan dengan trauma atau krisis ini, namun pertama sekali kita perlu meningkatkan ilmu serta kefahaman tentang kepentingan kesihatan mental ini.

“Kedua empati. Empati ini maksudnya, kalaupun kita tidak faham ataupun tidak boleh memahami keadaan mereka, cuba untuk meletakkan diri kita dalam situasi tersebut. Semua orang tidak sama. Masalah setiap orang berbeza. Mungkin benda itu kecil pada kita tapi besar pada orang lain dan setiap orang berbeza kemampuan, daya tahan, kerentanan mereka terhadap apa juga masalah dalam kehidupan. Jadi bila kita bersedia untuk belajar, empati, sokong dan inshaaAllah individu ini, dia akan sihat,” jelasnya ketika sesi temu bual bersama wartawan samudera.my dalam Majlis Pelancaran Bantuan Asas Psikologi Untuk Wanita (HEALHER) pada Rabu lalu.

Bukan itu sahaja malah beliau turut berkongsi sejarah tamadun Islam pada kurun ke-12 hijrah yang mana, ketika itu telah terbinanya wad untuk pesakit-pesakit psikiatri ini. Ilmuan Islam seperti Abu Zayd Al-Balkh contohnya, telah mula menulis tentang penyakit-penyakit mental, penyakit was-was, penyakit kemurungan, penyakit anxiety.

Jadi, ia jelas menggambarkan dari segi keilmuan Islam itu sendiri yang sudah mengiktiraf, ini adalah penyakit yang perlu dirawat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: