Antarabangsa

Israel Musnahkan Sistem Makanan Gaza – Pakar PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 21 Januari 2024 – Israel memusnahkan sistem makanan Gaza dan menggunakan makanan sebagai senjata terhadap rakyat Palestin, menurut sekumpulan pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Memetik laporan sebuah agensi berita antarabangsa, 80 peratus rakyat Gaza kini berhadapan dengan kebuluran sekali gus menandakan krisis kemanusiaan yang tidak tertandingi di Semenanjung Gaza di tengah-tengah pengeboman dan sekatan berterusan Israel.

Pakar hak asasi manusia PBB dalam satu kenyataan berkata, pada masa ini setiap orang di Gaza kelaparan dan satu perempat daripada penduduk berada dalam kelaparan dan bergelut untuk mencari makanan dan air yang boleh diminum.

Ujarnya, wanita hamil juga tidak mendapat pemakanan dan penjagaan kesihatan yang mencukupi di mana perkara tersebut membahayakan nyawa mereka.

Tambahan lagi, semua kanak-kanak bawah lima tahun seramai 335,000 orang berisiko tinggi untuk mengalami kekurangan zat makanan yang teruk seiring dengan risiko keadaan kebuluran yang terus meningkat.

Pakar memberitahu bahawa tiada tempat yang selamat di Gaza sambil menambah bahawa sekatan yang dikenakan Israel ke atas Gaza sejak 9 Oktober telah menyebabkan 2.3 juta rakyat Palestin kehilangan air, makanan, bahan api, ubat-ubatan dan bekalan perubatan.

Memetik kepada laporan yang sama, sejak serangan darat rejim haram aparteid Israel bermula pada 27 Oktober tahun lalu, kira-kira 22 peratus tanah pertanian termasuk kebun, rumah hijau dan tanah ladang di utara Gaza telah dihancurkan oleh tentera tersebut.

Pakar menyimpulkan bahawa keamanan, keselamatan dan kestabilan bagi kedua-dua pihak hanya dapat dicapai  melalui gencatan senjata serta menghentikan pendudukan Israel dengan segera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: