EU Setuju Bincang Isu Regulasi Pemusnahan Hutan – TPM
KUALA LUMPUR, 01 Jun 2023 – Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kesatuan Eropah (EU) kini bersedia untuk bekerjasama dengan Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) dalam mengetengahkan keprihatinan mereka terhadap undang-undang pemusnahan hutan.
Fadillah yang juga seorang Menteri Perladangan dan Komoditi dalam kenyataan yang sama menyatakan bahawa lima orang pemimpin EU yang ditemui beliau di Brussel memandang serius kebimbangan CPOPC.
BACA JUGA: Krisis Makanan Eropah: Malaysia Juga Perlu Waspada
BACA JUGA: Isu Kapal LCS: Kerajaan Madani Digesa Siasat Penyelewengan
BACA JUGA: Rakyat Belum Berpuas Hati Cara Kerajaan Perpaduan Urus Inflasi Dan Ekonomi
Antara yang menjadi kebimbangan CPOPC kini adalah impak bagi European Union Deforestation Regulation (EUDR) itu terhadap para pekebun kecil di Malaysia dan juga Indonesia.
Menurut Fadillah, beliau secara umumnya berpuas hati berikutan kebanyakan pemimpin EU yang beliau temui itu bersetuju dengan sudut pandang yang dibawa olehnya.
Katanya lagi, para pemimpin EU telah mendengar serta memahami kebimbangan yang disuarakan oleh beliau berkenaan kesukaran untuk mematuhi undang-undang EUDR itu.
Mesyuarat yang dihadiri Fadillah itu juga turut disertai oleh beberapa pegawai utama EU seperti Virginijus Sinkevicius, Pesuruhjaya EU Untuk Alam Sekitar, Lautan Dan Perikanan serta wakil EU bagi Hal Ehwal Asing Dan Polisi Keselamatan, Josep Borrell-Fontelle.