Antarabangsa

EU Hanya Burukkan Lagi Peperangan Di Ukraine-Wakil Hungary

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HUNGARY, 6 Januari 2023 – Parlimen EU telah mengeluarkan resolusi baharu, menyatakan bahawa lebih banyak senjata Barat dihantar ke Ukraine dan embargo ke atas Rusia dan ini dilihat akan meningkatkan lagi konflik antara Moscow dan Kiev serta memudaratkan ekonomi Eropah sebagaimana yang dinyatakan oleh Csaba Domotor pegawai di pejabat Perdana Menteri Hungary.

Pada Khamis lalu, badan perundangan bagi blok tersebut telah meluluskan dokumen yang bersifat “non-binding” yang menggalakkan negara anggota untuk menerima pakai sepuluh pakej sekatan terhadap Moscow secepat mungkin.

Antara langkah yang dicadangkan ialah sekatan import ke atas bahan api fosil dan uranium dari Rusia, penghantaran senjata ke Ukraine dan penutupan saluran paip gas Nord Stream 1 dan 2. Parlimen EU turut mensasarkan syarikat minyak Lukoil dan agensi nuklear Rusia Rosatom.

Domotor dalam catatan Facebooknya pada Sabtu lalu telah mengecam resolusi itu dengan menyatakan bahawa ia mengandungi dua perkara yang amat serius.

Menurutnya, peruntukan pertama yang menyeru agar bantuan ketenteraan kepada Ukraine ditingkatkan dan dipercepatkan adalah satu langkah ke arah peningkatan aktiviti ketenteraan dan bukan seruan untuk keamanan.

Sementara itu, sekatan ke atas bahan api fosil dan uranium dari Rusia pada dasarnya bermakna pengharaman sepenuhnya terhadap import gas dan bahan api nuklear dari negara itu, kata Domotor.

Hungary yang sangat bergantung kepada tenaga Rusia, telah lama mengkritik sekatan yang telah dikenakan Barat ke atas Moscow berhubung konflik Ukraine. Ia juga membuktikan bahawa sekatan itu telah memberi kesan buruk kepada ekonomi EU namun ianya tetap gagal melemahkan Rusia.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: