Antarabangsa

EU Gesa Pembebasan Tahanan Palestin Mogok Lapar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 30 Ogos 2022 – Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Palestin menggesa pembebasan tahanan Khalil Awawdeh yang hampir enam bulan mogok lapar terhadap penahanannya oleh rejim haram Israel.

Isteri Khalil memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan tubuh badan Khalil yang sangat kurus hingga menampakkan tulang, lalu mendapat desakan ramai agar beliau dibebaskan termasuk daripada delegasi EU ke Palestin.

“Terkejut dengan gambar Awawdeh yang sedang mogok lapar sekarang selama 169 hari sebagai protes terhadap penahanannya tanpa pertuduhan dan beliau berada dalam keadaan bahaya yang hampir mati. Beliau perlu dibebaskan kecuali didakwa serta-merta!” ciap EU di laman Twitter.

Khalil Awawdeh, berusia 40 tahun, telah ditahan pada 27 Disember tahun lalu dan dikenakan hukuman penahanan pentadbiran selama enam bulan apabila dituduh sebagai ahli kumpulan bersenjata.

Beliau melancarkan serangan mogok lapar sejak Mac sebagai protes terhadap pentadbiran penahanannya yang dilakukan tanpa sebarang pertuduhan oleh pihak rejim haram Israel.

 

Leave a Reply

Back to top button