Etihad Airways ‘Komited’ Teruskan Penerbangan Ke Negara Haram
DUBAI, 15 November 2023 – Syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Etihad Airways ‘komited’ meneruskan penerbangan ke negara haram Israel meskipun berdepan dengan ketegangan geopolitik semasa.
Ketua pegawai eksekutif Etihad Aviation Group, Antonoaldo Neves berkata, “Dalam kes Israel, kami komited kepada pasaran. Selagi selamat untuk terbang, kami akan teruskan.”
“Kami tidak boleh membelakangkan pasaran apabila ada kesukaran. Seronok melihat syarikat penerbangan seperti Emirates dan Flydubai komited juga,” ujarnya.
Veteran industri itu turut menambah bahawa konflik perang Israel-Palestin memberi kesan ‘sangat kecil’ kepada syarikat tersebut yang terpaksa membatalkan beberapa penerbangan ke negara haram Israel.
Menurutnya, sebelum ini, Etihad mengendalikan penerbangan harian ke Israel namun telah mengurangkan operasinya kepada empat penerbangan.