Antarabangsa

Eropah Merasakan Gelora Kehilangan Bekalan Tenaga Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKI, 11 Oktober 2022 – Negara-negara Eropah kini kian merasai ‘kehangatan’ daripada bekalan gas asli Rusia yang kini makin berkurang, sekali gus menyaksikan kos tenaga dan bahan makanan meningkat mendadak.

Menurut pendedahan sebuah portal dari Turkiye, ‘tanda amaran’ krisis sudah mula menjelma, di mana Thilmann Brot, sebuah syarikat bakeri gergasi dari Jerman sudah memfailkan kebankrapan; dan ini hanyalah satu dari banyak lagi syarikat-syarikat bakeri Jerman yang ‘gulung tikar’.

Di Britain pula, dasar-dasar yang ‘radikal’ terpaksa diperkenalkan bagi mengehadkan penggunaan tenaga dan mengawal kenaikan kos di sana.

Kerajaan di Britain dikatakan telah memberikan amaran kepada rakyatnya bahawa bekalan tenaga berkemungkinan akan “dipotong secara paksa” pada musim sejuk yang mendatang, di mana pemotongan ini berkemungkinan akan berjalan selama 3 jam bagi setiap pemotongan.

Kesatuan Eropah (EU) pula kini ‘kelam-kabut’ dalam mengadakan pertemuan dan perbincangan untuk menghadapi krisis bekalan tenaga, di mana EU dan Norway dikatakan sedang berusaha untuk mengawal harga pasaran yang tidak seimbang, menstabilkan bekalan tenaga dan mengawal pasaran.

Terdahulu, pakar ekonomi menjangkakan ‘musibah’ bakal melanda Eropah susulan sekatan yang dibuat oleh mereka ke atas Rusia, pembekal utama tenaga gas asli kepada Eropah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: