Antarabangsa

Eropah Dalam Bahaya Besar – Macron

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 27 Mei 2024 – Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kesatuan Eropah (EU) kini sedang berhadapan dengan jumlah “musuh-musuh luaran dan dalaman” yang tinggi, yang kini menjadi ancaman terhadap blok tersebut.

Dalam kenyataan yang sama beliau turut menegaskan bahawa perkara yang sedang berlaku terhadap EU kini berisiko “mematikan” Eropah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu berucap bersama presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier pada hari pertama dalam sesi lawatan tiga hari beliau di Berlin. Ujar Macron lagi,

“Saya fikir yang kita kini sedang berhadapan dengan detik di mana saya betul-betul percaya yang Eropah kita akan mati”.

Macron juga menegaskan bahawa antara musuh dalaman yang sedang dihadapi EU adalah golongan nasionalis Eropah, yang kini sedang menumbulkan banyak persoalan tentang demokrasi itu sendiri. Katanya lagi,

“Terdapat satu bentuk tarikan terhadap autoritarianisme yang dilahirkan di dalam demokrasi kita sendiri…yang telah membuahkan nasionalisme dan beberapa bentuk ekstrim lain pada rantau kita.”

Beliau turut membuat andaian mengenai kemungkinan yang terjadi jika kelompok “nasionalis” itu berjaya memasuki kerajaan, dengan mendakwa bahawa mereka sama sekali tidak akan berjaya untuk mengatasi isu COVID-19 dan isu-isu seperti perubahan iklim dan lain-lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: