Antarabangsa

Erdogan Kecam Campur Tangan Israel Terhadap Jemaah Masjid Al-Aqsa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 19 April 2022 – “Semasa mesyuarat kami, saya memberitahu Abbas bahawa saya mengutuk sekeras-kerasnya campur tangan Israel terhadap jemaah di Masjid Al-Aqsa,” tegas Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki dalam ciapan Twitternya baru-baru ini.

Menerusi perbualan telefon bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Erdogan mengecam sekerasnya tindakan Israel dan menentang segala bentuk provokasi serta ancaman yang mengganggu-gugat status dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

“Turki sentiasa berpihak kepada Palestin,” ujar beliau.

Erdogan juga mengulangi sokongan Turki buat Palestin dengan berkata, “Peristiwa tragedi yang berlaku itu mengingatkan kita tentang keperluan untuk semua kumpulan Palestin berusaha ke arah perpaduan dan perdamaian”.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Mahmoud Abbas atas cadangannya untuk mengadakan sekatan dan ke atas kepimpinan hemah beliau menuju ke arah perpaduan.

Di sebalik kesedihan umat Islam mengenai serangan yang terjadi di Palestin, Erdogan turut mendoakan kesembuhan bagi mereka yang cedera dan kesejahteraan bagi saudara Islam yang syahid dalam serangan Israel.

Leave a Reply

Back to top button