Tempatan

Era Dagangan ‘Pencemaran’ Bursa Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2022 – Bursa Malaysia Sdn Bhd mengambil keputusan bakal melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada hujung tahun ini yang mana ia membolehkan syarikat yang berkaitan membeli kredit karbon sukarela daripada projek dan ‘perusahaan’ mesra alam.

Sejajar dengan kesedaran terhadap fenomena suhu iklim yang kian meningkat, VCM akan memainkan peranan penting dalam menyokong pembiayaan bagi projek dan penyelesaian yang mengurangkan, menyingkirkan atau mengelakkan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift dalam satu laporan berkata, “Penglibatan pemegang saham merupakan kunci dalam memudahkan persefahaman dalam kalangan pemain industri bagi membolehkan penyertaan mereka dalam VCM itu memenuhi keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang diperlukan sesetengah pihak seperti institusi pemberi pinjaman.”

“Kami percaya VCM boleh berfungsi sebagai peranan penting dalam merealisasikan aspirasi bersih-sifar pelepasan gas rumah hijau Malaysia, serta menyokong sektor swasta komitmen iklim sukarela dan perjalanan penyahkarbonan sektor swasta.”

“Penyertaan dalam pasaran karbon sukarela akan membolehkan syarikat mengimbangi jejak pelepasan karbon mereka dan memenuhi matlamat iklim mereka secara sukarela.”

Oleh itu, pembeli dan pembekal bakal dapat melakukan transaksi kredit karbon berkualiti tinggi pada harga yang telus.

“Bursa Malaysia berhasrat untuk menawarkan produk kredit karbon yang distandardkan bagi dagangan menerusi pasaran VCM berasaskan peraturan. Akan ada kategori produk berbeza bagi kredit karbon yang diperoleh daripada penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan teknologi yang mengurangkan atau menyingkirkan pelepasan karbon. Selain itu, ia juga akan melabelkan produk untuk membezakan antara kredit karbon yang diperoleh di Malaysia dan global.”

Kenyataan itu dijelaskan Bursa Malaysia yang pada masa sama mempelawa pemaju projek yang berminat untuk mengemukakan hasrat mereka bagi membekalkan kredit karbon untuk lelongan serta pasaran VCM.

Pembeli korporat yang ingin menyertai lelongan dan pembelian kredit karbon tersebut digalakkan untuk menghubungi Bursa Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button