Antarabangsa

Enjin Pesawat Terbakar Sejurus Terbang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 27 Oktober 2022 – Sebaik saja berlepas, Pesawat Lion Air JT330 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta akibat kebakaran yang berlaku di bahagian enjin.

Menurut syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, pada ketinggian 3,000 kaki, juruterbang pesawat tersebut mendapati operasi salah satu daripada komponen kapal terbang tidak berfungsi.

Jurucakap Polis Metropolitan Jakarta, Endra Zulpan memberitahu, pesawat tersebut mengalami masalah enjin di bahagian kiri pesawat, lapor berita luar negara.

Laporan media menyatakan bahawa, pesawat yang menuju ke Palembang di wilayah Sumatera Selatan itu membawa seramai 169 penumpang serta enam anak kapal dan berlepas pada jam 5.14 petang waktu tempatan, semalam.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan dilaporkan berpatah balik 32 minit kemudian dan berjaya mendarat dengan selamat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker