Tempatan

‘Energy Stick’ Ancam Kesihatan Awam, MPS Gesa Tindakan Tegas Diambil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI 2024 – Persatuan Ahli Farmasi (MPS) menegaskan bahawa Energy Stick’ merupakan sejenis produk yang berbahaya dan menjadi ancaman kepada kesihatan masyarakat umum.

Oleh yang demikian, Presiden MPS, Prof Amrahi Buang menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk mengambil tindakan tegas dan pantas terhadap penjual yang mempromosikan produk berbahaya terbabit.

Hal ini kerana, penetapan harga dan pemasaran produk yang dikatakan dijual pada harga serendah RM2.50 secara dalam talian menimbulkan kegusaran serius kerana ia dapat diakses dengan mudah oleh individu, termasuk kanak-kanak.

“Tambahan pula, MPS mengulangi cadangannya agar Dr Dzulkefly mengembalikan status cecair vape yang mengandungi nikotin ke dalam Senarai Racun,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengatakan bahawa pihak kerajaan perlu mengutamakan kesejahteraan jangka panjang orang ramai dengan pantas dan menangani serta melarang penjualan mana-mana produk yang memudahkan akses kepada nikotin.

“Kami terus menyeru untuk memasukkan Generational End Game (GEG) ke dalam Kawalan Akta Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 bagi menangani isu berkaitan merokok yang lebih meluas produk,” gesanya lagi.

Timbalan Menteri, Wong Kah Woh dalam satu kenyataan berasingan turut mencadangkan agar pihak sekolah melaporkan pengguna ‘Energy Stick’ dalam kalangan pelajar kepada pihak Kementerian Pendidikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: