Antarabangsa

Perbahasan Islamofobia Berlangsung Di Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 18 November 2022 – Gerakan Perspectives Musulmanes telah menganjurkan sesi pembentangan berkenaan Islamofobia di Perancis baru-baru ini.

Ahli panel bagi perbincangan yang berlangsung di Paris pada Jumaat lalu termasuklah Shezana Hafiz, ahli CAGE UK dan Enes Bayrakl, ahli fakulti Turkish-German University.

Menurut ahli fakulti Turkish-German University itu, kumpulan pergerakan tersebut menggunakan laporan Islamofobia Eropah 2021 bagi memberi penjelasan terhadap hal-hal berkenaan Islamofobia di seluruh Eropah, terutamanya di Perancis.

Menurut Bayrakli, gerakan Perspectives Musulmanes tersebut yang telah membuat siri laporan mengenai Islamofobia telah membuat penerbitan berkenaan kajian-kajian berkenaan beberapa isu di Eropah selama tujuh tahun.

Mereka juga telahpun menonjolkan beberapa orang ahli politik yang dikaitkan dengan Islamofobia pada muka depan laporan mereka sejak 2018.

Menurutnya lagi, kumpulan pergerakan mereka pernah juga menunjukkan gambar Presiden Perancis, Emmanuel Macron, seorang ahli politik yang bersifat Islamofobia pada muka hadapan laporan mereka bagi edisi tahun lalu.

Beliau turut memberi tumpuan terhadap isu Islamofobia yang telah mencapai tahap pembangunan institusi di Austria dan Perancis dan turut memberi penekanan terhadap fakta bahawa Eropah kini berada pada kadar tertinggi bagi prejudis anti-Islam sedunia.

Manakala seorang lagi ahli panel, Hafiz menyatakan bahawa kemunculan idea golongan ekstrem kanan dan Islamofobia di Eropah telah menjadikan isu Islamofobia ini terkait dengan undang-undang dan politik sehingga ke akar umbi.

Menurutnya juga, Perancis akan mengembangkan polisi-polisi Islamofobianya ke negara-negara berdekatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: