Antarabangsa

Empat Lagi Pangkalan Tentera AS Bakal Dibina Sekitar Filipina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

FILIPINA, 23 Mac 2023 – Presiden Filipina, Ferdinant Marcos Jr telah membuat kenyataan pada Rabu lalu mengenai pembinaan empat lagi pangkalan tentera di bawah Enhanced Defence Cooperation Agreement (EDCA) bersama Amerika Syarikat (AS).

Keempat-empat pangkalan tentera tersebut akan beroperasi di pelbagai bahagian di Filipina, termasuklah di daerah yang berhadapan dengan Laut China Selatan.

Kenyataan Marcos itu dibuat di hadapan para wartawan setelah berlangsungnya majlis ulang tahun penubuhan tentera Filipina.

BACA JUGA: AWAS! Ponteng Puasa, ‘Geng Plastik Hitam’ Boleh Dikenakan Penjara, Denda

BACA JUGA: Kuliah Agama Tak Boleh, Pesta ‘Gay Boy’ Bulan Ramadan Boleh Pula? – Yusuf Azmi

BACA JUGA: Pesta ‘Gay Boy’, DBKL Didesak Gantung Lesen Perniagaan Penganjur

Pada bulan lalu, Marcos telah memberi kebenaran kepada AS bagi empat lagi kawasan, selain daripada lima lokasi yang telah dibina di bawah EDCA 2014 sewaktu China sedang meluaskan pengaruh mereka di Laut China Selatan serta Taiwan.

Menurut Marcos, terdapat empat lokasi tambahan yang bertebaran di sekitar Filipina. Ada yang terletak di utara, ada juga di sekitar Palawan dan ada juga di bahagian selatan.

Perjanjian EDCA itu telah memberi AS akses untuk beroperasi di pangkalan-pangkalan Filipina bagi tujuan latihan bersama, pra-posisi barangan serta bangunan kemudahan seperti landasan serta penyimpanan bahan api dan bahan ketenteraan.

Marcos pada kenyataan yang sama turut mengatakan bahawa Filipina dan AS akan membuat pengumuman berkenaan kedudukan-kedudukan bagi pangkalan-pangkalan tersebut tidak lama lagi. Menurutnya lagi, tambahan lokasi pangkalan itu akan memperkuatkan lagi keupayaan Filipina untuk melindungi kawasan timur Luzon yang terletak berhampiran dengan Taiwan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: