Emas Semakin Sukar Diperoleh – Badan Industri
SELASA, 11 Jun 2024 – World Gold Council (WGC), salah sebuah badan industri emas bertahap antarabangsa telah mengeluarkan kenyataan bahawa industri perlombongan emas kini berdepan dengan kesukaran untuk mengekalkan kadar pertambahan pengeluaran berikutan pencarian deposit logam berharga itu kini sudah menjadi semakin sukar.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh badan tersebut turut memaparkan data yang menunjukkan bahawa kadar penghasilan perlombangan hanya meningkat sebanyak 0.5 peratus pada tahun 2023.
Pada tahun sebelumnya iaitu 2022, kadar pertumbuhan atau perkembangan adalah pada kadar 1.35 peratus manakala bagi tahun 2021 pula, ianya adalah pada 2.7 peratus.
Menurut Ketua Strategi Pasaran WCG John Reade, secara umumnya kadar tersebut telah mendatar sejak tahun 2016, 2018 dan tiada perkembangan yang dapat dilihat setelah itu.
Ujarnya lagi, kini penemuan deposit-deposit emas di seluruh dunia semakin sukar berikutan kawasan-kawasan prospektif kini sudahpun dijelajah.
Beliau turut menyatakan bahawa perlombongan emas berskala besar memerlukan kepada modal yang besar, dan memerlukan penjelajahan dan perkembangan kemajuan yang tinggi. Sesebuah lombong memerlukan sekitar sepuluh ke 20 tahun sebelum ia dibolehkan beroperasi.
Tambahan pula, beberapa tahun duperlukan untuk mendapatkan lesen serta permit dari sesebuah kerajaan sebelum syarikat-syarikat perlombongan dibenarkan beroperasi. Katanya lagi,
“Semakin sukar untuk menemui emas, mendapat kebenaran (melombong), menyediakan perbelanjaan dan membuat operasi”.