Antarabangsa

Elon Musk Pemegang Saham Terbesar Twitter

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 08 April 2022 – Elon Musk yang merupakan CEO Tesla dan seorang bilionair terkaya di dunia, kini memegang saham Twitter sebanyak 9.2% dan secara tidak langsung menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar platform tersebut.

Saham Twitter kini telah meningkat naik kira-kira 26% dalam dagangan prapasaran selepas pemfailan peraturan yang dikeluarkan pada Isnin lalu. Berdasarkan penutupan pasaran, Elon Musk telah membeli saham bernilai $2.89 bilion bersamaan dengan RM12.2 bilion.

Dengan pengikut seramai 80.8 juta di Twitter, beliau menjalankan satu tinjauan dengan mengajukan soalan kepada pengikutnya sama ada platform itu mematuhi prinsip kebebasan bersuara ataupun tidak.

Free speech is essential to a functioning democracy. Do you believe Twitter rigorously adheres to this principle?” soal beliau pada 25 Mac 2022.

Menurut laporan berita yahoo!news, Elon Musk pada Mac lalu telah mengutarakan cadangan bahawa beliau ingin membina sebuah rangkaian media sosial baharu dengan menggunakan pendekatan Twitter yang bebas bersuara.

Hal ini dapat dipastikan apabila CEO kepada platform tersebut, Parag Agrawal membuat satu hantaran melalui akaun rasmi beliau dengan berkata,

“I’m excited to share that we’re appointing @elonmusk to our board! Through conversations with Elon in recent weeks, it became clear to us that he would bring great value to our Board.”

Dalam pada itu, Elon Musk yang kini menjadi manusia terkaya di dunia memiliki kekayaan sebanyak RM 919.01 bilion.

Beliau baru-baru ini telah menzahirkan sokongan kepada Ukraine, di mana beliau turut menyumbangkan sebuah terminal satelit kepada Ukraine bagi memudahkan rakyat Ukraine mendapatkan akses internet.

Leave a Reply

Back to top button