Antarabangsa

Elon Musk Bakal Jumpa Presiden Israel, Pulih Sentimen Anti-Yahudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 27 November 2023 – Pemilik rangkaian media sosial X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, Elon Musk telah dijadualkan untuk bertemu dengan Presiden Israel Isaac Herzog untuk membincangkan tentang sentimen-sentimen anti-Yahudi dan kaedah-kaedah untuk mengatasinya di media sosial.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pejabat Presiden Israel dan telah dilaporkan oleh rangkaian berita Reuters. Ujar kenyataan pejabat Presiden itu,

“Dalam pertemuan mereka, presiden akan memberi penekanan tentang keperluan untuk melawan antisemitisme yang semakin menyemarak secara dalam talian”.

Musk yang juga merupakan CEO Tesla juga telah dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan berkemungkinan akan melawat kawasan-kawasan penempatan haram Israel di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.

Pada awal bulan ini, Musk telah didakwa dengan dakwaan mempromosikan sentiment anti-semitik sewaktu beliau bersetuju dengan pendapat bahawa orang Yahudi mempunyai “kebencian terhadap orang putih”.

Setelah kejadian tersebut beberapa syarikat besar termasuklah IBM, Disney, Paramount serta Apple telah menarik balik pengiklanan mereka daripada platform media milik Musk.

Musk kemudiannya telah menafikan tuduhan anti-semitik tersebut dan telah menyatakan bahawa beliau akan menggantung sesiapa sahaja yang menyokong “pembunuhan mana-mana kumpulan”.

Menerusi sebuah hantaran di X pada Jumaat lalu, Musk turut menambah bahawa istilah-istilah seperti “decolonization” serta “From the river to the sea” adalah kata-kata yang “memberi bayangan tentang pembunuhan beramai-ramai” dan ianya memadai untuk disekat.

Jutawan tersebut juga sebelum ini pernah mendakwa bahawa dirinya adalah “Yahudi secara aspirasi”, setelah pertemuan beliau dengan Netanyahu pada September lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: