Antarabangsa

Elit 1% Sapu 2/3 Daripada RM168 Trilion Kekayaan Dunia – Oxfam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KENYA, 17 Januari 2023 – Kini hanya 1 peratus daripada seluruh penduduk dunia memiliki kekayaan sebanyak dua per tiga daripada $42 trilion nilai kekayaan sejak tahun 2020 sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Oxfam, sebuah organisasi yang kini berpusat di Kenya.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan menerusi sebuah laporan baharu yang diterbitkan bertepatan dengan mesyuarat tahunan World Economic Forum yang berlangsung di Davos, Switzerland.

BACA JUGA: Hari Pertama Pembelaan, 10 Peguam Bainun Didakwa Tarik Diri

BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin

BACA JUGA: 1.2 Juta Warga China ‘Hilang’, Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi – PPIM

Laporan yang bertajuk “Survival of the Richest” itu turut menyatakan bahawa nilai tersebut adalah hampir dua kali ganda wang yang diperolehi oleh 99 peratus daripada penduduk dunia.

Laporan yang diterbitkan pada hari Isnin itu juga turut memaklumkan bahawa kekayaan para elit itu meningkat sehingga $2.7 bilion sehari, manakala sekurang-kurangnya sejumlah 1.7 bilion orang pekerja kini tinggal di negara-negara yang mana inflasi telah mengatasi gaji mereka.

Dalam masa yang sama, separuh daripada jutawan tersebut tinggal di negara-negara yang tidak mengenakan cukai waris kepada keturunan mereka yang mana mereka dapat mewariskan $5 trilion kepada waris mereka dan jumlah ini adalah lebih daripada nilai GDP Afrika.

Pihak Oxfam juga turut melaporkan bahawa dengan mengenakan cukai sebanyak 5 peratus terhadap para jutawan ini, dunia dapat mengumpulkan sebanyak $1.7 trilion dalam setahun yang mana nilai tersebut dapat mengeluarkan 2 bilion orang daripada masalah kemiskinan.

Gabriela Bucher, Pengarah Eksekutif Oxfam International pula menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk menghapuskan mitos yang mengatakan bahawa hal pemotongan cukai bagi golongan kaya ini akan memberi kesan kepada orang lain.

Beliau turut menyatakan bahawa tempoh empat puluh tahun pemotongan cukai bagi golongan kaya ini telah menunjukkan bahawa ianya hanya memberi kapal-kapal mewah kepada mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: