Tempatan

Elektrik & Internet Terputus, Kumpulan Pelajar Tersingkir Bahas Peringkat Negeri Sarawak 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 23 September 2022 – Baru-baru ini, tular satu video berkenaan sekumpulan pelajar memakai pakaian seragam sekolah menangis susulan disingkirkan dari pertandingan ‘Bahas Peringkat Negeri Sarawak 2022’ kerana masalah terputus bekalan elektrik dan internet.

Semasa pertandingan baru bermula iaitu pusingan pertama menentang pasukan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan, semua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Arip sudah bersedia dan peralatan juga dalam keadaan baik.

Walau bagaimanapun, kejadian malang yang berlaku kepada kumpulan bahas itu adalah ketika tiba giliran seorang murid dari SK Ulu Sungai Arip untuk berbahas, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan liputan Internet juga hilang.

Menurut laporan, susulan kejadian terbabit, guru-guru pembimbing berlari mencari dan bertanya tentang keaadan elektrik namun keadaan tersebut di luar kawalan.

Menjelaskan lagi mengenai kejadian, mereka bersama-sama pelajar terlibat terpaksa membuat keputusan bergegas mencari liputan internet ke luar kawasan menggunakan kereta, membawa semua alat peranti dengan harapan ada liputan internet di jalan utama Sibu-Selangau.

“Namun malangnya, liputan Internet masih tidak ada, malah untuk menghubungi pihak penganjur pun tidak dapat,” dedah seorang individu Michael Bandang Tinggai.

Akhirnya,  Michael memberitahu pihaknya berjaya menghubungi pihak penganjur namun dimaklumkan masa kecederaan telah tamat sekali gus menyebabkan mereka gagal menyertai pertandingan tersebut.

“Murid-murid menangis sebab tidak dapat bertanding lagi… Hancur harapan mereka, saya sendiri pun tidak dapat buat apa-apa lagi. Berbulan berlatih, berakhir macam ini saja, hujung minggu digunakan untuk berlatih, siang dan malam bersama mereka.”

“Hakikat yang amat pahit untuk ditelan, tersingkir kerana masalah teknikal yang tidak pernah habis, seperti terputus bekalan elektrik ini,” kata Michael penuh kesal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: