Tempatan

Elaun Pedalaman Dipotong, Guru Luah Rasa Kecewa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – Seorang guru menerusi satu tulisan di Facebooknya meluahkan rasa kecewa apabila elaun pedalamannya dipotong sebanyak separuh.

Menurut guru itu, perkhabaran itu mendukacitakan baginya kerana elaun pedalaman yang diterima diibaratkan sebagai saguhati bagi mengganti penat dan lelah diharungi untuk pergi dan balik dari rumah ke sekolah yang memakan jarak hampir 140 kilometer setiap hari.

BACA: Gaji RM1,000 Sebulan Tanpa Slip Gaji Sudah Boleh Beli Rumah – PM

BACA: Kenapa Kerajaan Nak Lawan Mereka Yang Tak Mahu Kekal Islam – Siti Kasim

BACA: Kontraktor Potong 40% Empat Bulan Gaji Tertunggak Tukang Cuci Sekolah

Beliau yang sudah mengajar selama lima tahun di sekolah pedalaman tersebut menganggap elaun yang diterima itu menjadi asbab mengapa beliau terus mengajar anak-anak Orang Asli di situ biarpun nilainya tidaklah setimpal jika dibandingkan dengan kos penyelenggaran kenderaan yang ditanggungnya.

Tambahnya, beliau kecewa apabila elaun guru yang berkorban setiap hari menjadi bahan iri dengki sesetengah pihak sedangkan elaun pinggan mangkuk menteri tidak diselidik bagi menjimatkan wang negara.

“Periuk kecil aku ini yang sibuk diganggu, masaknya sedang kawah nasi menteri tidak pula dipersoal mentahnya,” tulisnya.

Hantaran itu turut mengundang kritikan warga maya yang turut bersetuju dengan luahan guru tersebut.

“Itulah antara masalah guru-guru yang tidak pernah diselami oleh pihak atasan. Bila disebut nanti kata pulak guru-guru ni mata duitan. Padahal pengorbanan mereka kepada anak bangsa amat besar. Tapi soal duit juga adalah keperluan dan semangat. Bertabahlah wahai guru-guru. Moga urusan tuan-tuan dipermudahkan Allah,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Hanya yang alami tahu betapa beratnya tanggungjawab cikgu yang memikul tugas begini,” tulis seorang lagi pengguna.

Susulan itu, seorang pengguna mengutarakan pendapat dengan mengajak kesatuan guru untuk bangkit bagi memperjuangkan isu-isu yang mencengkam para pendidik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: