Tempatan

“Saya Tidak Mahu Budaya Kerja Toksik Di Hospital” – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GOMBAK, 14 Mei 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak mahu budaya kerja toksik berlaku di hospital-hospital kerajaan.

“Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital2 @KKMPutrajaya,” ujarnya di laman Twitter.

Beliau menegaskan bahawa, “Zaman dahulu dan zaman sekarang lain. Suasana kerja mesti ada hormat-menghormati, menyokong dan memperkasa. Bukan mendera dan memalukan.”

Kenyataan ini dikeluarkannya semalam sewaktu melawat dan mendengar pengalaman doktor pelatih di Hospital Selayang.

Dalam isu buli dan budaya kerja di hospital, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa anggota pasukan petugas bebas telah dilantik untuk menyiasat kejadian buli yang berlaku di hospital-hospital kerajaan.

Pasukan ini yang diberi masa dua bulan untuk melakukan siasatan juga diminta untuk mengesyorkan pendapat bagi memperbaiki ‘budaya kerja’ di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, dalam isu buli di hospital, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Norlela telah menghantar nama lima pembuli paling terkenal di hospital awam kepada Khairy Jamaluddin.

Nama-nama tersebut diterima hasil daripada tinjauan tidak rasmi dalam kalangan rakan sebaya mereka mengenai isu buli di tempat kerja yang melampaui peringkat senioriti.

Walau bagaimanapun, pembulian ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan kematian doktor pelatih yang kini dalam siasatan polis.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: