Tempatan

Penyelesaian 2 Negara Sebuah Penipuan, Peluang Zionis Takluk Seluruh Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 21 November 2023 – Solusi penyelesaian dua negara oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya dipercayai merupakan satu bentuk penipuan dan peluang bagi menakluki seluruh tanah Palestin, tegas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ujar beliau, idea itu berkesinambungan daripada rancangan penjajahan British sejak 1930-an dan ia terus memberi ruang kepada Zionis Yahudi melebarkan kuasanya di Palestin.

Beliau juga menekankan, rancangan tersebut bersifat ‘gula-gula’ dan bukannya menyelesaikan masalah sebaliknya Palestin mesti dikembalikan kepada kuasa pemerintahan orang Islam.

Abdul Hadi berkata, ketika ini, Israel mahu Palestin menjadi milik mereka sahaja dan siri pengeboman berlaku bukan hanya menyasarkan umat Islam bahkan juga orang Kristian Palestin dan gereja.

Justeru itu, Abdul Hadi menegaskan kepentingan agar umat Islam membuat satu pendirian mempertahankan Palestin kerana ia adalah tanah air kita.

“Bagaimanapun, ia tidak bermakna bahawa orang Yahudi tidak boleh menetap di Palestin cumanya ia (Palestin) adalah milik orang Islam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: