Tempatan

Elak Label ‘Pengamal Homoseksual Tegar’, PM Digesa Saman Portal Luar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022 – Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin sewaktu bersidang di Dewan Rakyat semalam menggesa agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyaman sebuah portal luar negara susulan kenyataannya yang melabel Anwar sebagai Perdana Menteri “homoseksual pertama” Malaysia.

Dalam persidangan tersebut, Hamzah telah memetik kepada tajuk utama sebuah laporan dari sebuah saluran berita Itali dikenali sebagai Agenzia Nova yang melabel Anwar sebagai “Perdana Menteri homoseksual pertama terpilih di negara Islam”.

Hamzah bagaimanapun digesa untuk menarik semula kenyataannya oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan, namun beliau menambah bahawa beliau tidak mahu dunia percaya seolah-olah Perdana Menteri Malaysia ‘pengamal homoseksual tegar’.

Bagaimanapun, Hamzah menolak seruan daripada Ahli Parlimen PH itu dan meminta agar beliau dapat menghabiskan perkataannya dengan berkata,

“Dengar cakap saya dulu. Mereka (Agenzia Nova) menghina Perdana Menteri. Tindakan tegas mesti diambil. Kerajaan memikul tanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa (Anwar) telah pun diampunkan oleh Raja,” jelasnya.

Kenyataan daripada Hamzah itu turut disifatkan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng sebagai serangan peribadi terhadap Perdana Menteri kerana membawa laporan daripada sumber berita yang tidak diketahui.

Semalam, telah bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari sehingga hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker