Elak Kluster Thaipusam – Hindu Sangam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 17 Januari 2022 – Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk R.S. Mohan Shan berharap prosedur operasi standard (SOP) yang bakal diumumkan kerajaan bagi perayaan Thaipusam pada hari esok perlu bersifat inklusif dan tegas.
Datuk R.S. Mohan Shan juga berkata, perkara ini penting agar dapat mengekang tercetusnya ‘Kluster Thaipusam’ ketika negara berdepan dengan gelombang varian Omicran.
“Ia penting agar dapat mengekang penularan Covid-19 terutama varian Omicron supaya tidak lebih mengganas di negara ini.”
Datuk R.S. Mohan Shan juga turut mengingatkan penganut Hindu supaya menyambut perayaan Thaipusam pada hari esok secara bersederhana, namun masih mengekalkan tradisi dan kepercayaan agama tersebut.
“Mungkin kita boleh menyambut ia seperti tahun lepas iaitu perarakan pedati tanpa penganut, membawa pal kudam (belanga susu) atau kavadi secara tersusun.”
Masyarakat India yang perlu membuat keputusan bijak dan pilihan di tangan mereka, ujar Datuk R.S. Mohan Shan.
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia untuk memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat iaitu Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
Menurut laporan yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr. Noor Hisham bin Abdullah hari ini di laman twitter miliknya, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 2,342 kes pada 17 Januari 2022.
Pada 17 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,342 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,810,689 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 17, 2022