Antarabangsa

Ekstremis Kulit Putih Tragedi Masjid Christchurch, Failkan Rayuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW ZEALAND, 08 November 2022 – Ekstremis kulit putih Australia yang membunuh 51 jemaah Islam di Masjid Christchurch pada tahun 2019 telah memfailkan rayuan ke atas sabitan dan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol yang dikenakan terhadapnya.

Brenton Tarrant yang berusia 31 tahun itu mengaku bersalah pada Mac 2020 atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan pertuduhan keganasan sekali gus menjadikannya individu pertama di New Zealand di bawah undang-undang yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Lapor sebuah portal berita antarabangsa, Mahkamah Rayuan New Zealand mengesahkan hari ini bahawa Tarrant telah memfailkan rayuan untuk kedua-dua sabitan dan hukuman namun ia memerlukan pertimbangan daripada pihak mahkamah berikutan permohonan tersebut telah melepasi jangka waktu yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, alasan rayuan difailkan tidak diketahui serta tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.

Serangan berdarah di Masjid Christchurch yang berlaku tiga tahun lalu turut mengakibatkan tiga rakyat Malaysia tercedera termasuk seorang daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Suspek radikal kulit putih itu telah menyerang umat Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat dengan bersenjatakan senapang separa automatik sambil menyiarkannya kejadian itu secara langsung menerusi Facebook.

Menurut pakar jenayah, serangan tersebut disifatkan sebagai peningkatan jenayah kebencian atau xenophobia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: