Tempatan

Eksport Minyak Sawit: Malaysia Perlu Tangani Sekatan & Kempen Negatif Eropah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 20 Januari 2023 – Malaysia perlu tangani sekatan dan kempen negatif daripada Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung isu pengeksportan minyak sawit.

Hal ini kerana, menurut Profesor Madya Dr Shri Dewi Applanaidu, Pensyarah di Jabatan Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), pengeksportan minyak sawit ke EU dijangka akan mengalami kemerosotan susulan langkah terbaru kesatuan berkenaan dalam memperkenalkan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan (EUDR).

BACA JUGA: Ketukan Dari Kontena: Terperangkap 6 Hari, Kanak-Kanak Warga Asing Akan Dihantar Pulang

BACA JUGA: Macam Mana Filem Melayu Nak Maju Kalau Bangkang Sebab Bikini – Melayu Singapura

BACA JUGA: 2 Lelaki Cina Tetak Pelayan Lambat Hantar Minuman Di Cheras

Langkah itu turut melibatkan import daripada komoditi terpilih termasuklah minyak sawit yang dikaitkan dengan penebangan serta degradasi hutan.

Katanya, Malaysia perlu lebih proaktif dan melancarkan kempen bagi membetulkan persepsi salah dalam kalangan negara anggota EU serta tidak membiarkan industri minyak sawit ini terus menerus diserang dengan dakwaan yang tidak berasas.

Kenyataan beliau itu adalah merujuk kepada kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini berhubung pertimbangan untuk menghentikan eksport minyak sawit ke EU.

“Sebelum mengambil keputusan agak tegas ini, Malaysia perlu merangka strategi lebih berkesan serta mencari jalan untuk meyakinkan EU bahawa negara mengamalkan dasar dan amalan pertanian yang tidak bertentangan dengan EUDR.”

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam sebuah pertemuan baru-baru ini turut bersepakat untuk melawan diskriminasi minyak sawit yang dilakukan Eropah.

Terdahulu, Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan penggunaan minyak sawit atas faktor penebangan hutan yang berleluasa di Malaysia dan Indonesia sekali gus memutuskan untuk menggunakan minyak bunga matahari sebagai biofuel alternatif yang dihasilkan Eropah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: