Tempatan

Eksploitasi Rider P-Hailing: Mana SUHAKAM? Sibuk bela Lςβτ kah? – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2021 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Haji Aminuddin Yahaya menyatakan kekecewaan dan kekesalan beliau terhadap SUHAKAM dalam memperjuangkan nasib rider penghantar makanan yang ditindas.

“Dalam isu eksploitasi para rider P-Hailing yang tular baru-baru ini, di mana didakwa rider akan ‘dihukum’ kerana berhenti bersolat, dinafikan hak-hak pekerja dan seumpamanya nampaknya tidak mendapat simpati dan perhatian pihak SUHAKAM pun.”

Ujar Haji Aminuddin, SUHAKAM selaku sebuah agensi bertaraf suruhanjaya mengenai hal-hal hak asasi sepatutnya bertindak membuat sesuatu.

“Sekurang-kurangnya, mereka kemukakan syor supaya suatu pasukan siasatan atau kajian kepada Parlimen dan menteri lebih-lebih lagi mereka di bawah pejabat Menteri Undang-Undang dan Parlimen.”

Apa yang lebih dikesalkan, dalam isu pengiktirafan jantina ketiga dan hak golongan songsang, laju pula SUHAKAM bersuara.

“Pasal kajian pengiktirafan gender ketiga laju pula nak buat kajian dan program-program!”

“Padahal pada masa yang sama, hak golongan ‘s0ngs4ng’, hak pekerja asing, himpunan haram, konvensyen-konvensyen antarabangsa (seperti ICERD) boleh pula proaktif, laju dengan bersungguh-sungguh?”

Justeru, Haji Aminuddin menggesa SUHAKAM untuk segera bertindak mempertahankan hak rider yang ditindas dan dieksploitasi, bukan senyap begitu sahaja.

“Sebenarnya saya sengaja beri peluang waktu kepada SUHAKAM untuk respon isu ini, kalau-kalau mereka ‘terlalu sibuk’. Ini dah hari ke berapa entah, senyap sahaja.”

“Takkanlah nak tunggu rakyat desak dan marah baru nak bertindak? Malulah kita ada agensi sebegini,” kata beliau lagi dengan tegas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: