Antarabangsa

Ekonomi Dunia Mungkin Terkesan $2 Trilion Ekoran Konflik Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 05 November 2023 – Ketua ahli ekonomi syarikat Ernst & Young, memberi amaran tentang akibat buruk konflik Israel-Hamas yang berkemungkinan merugikan ekonomi global sehingga $2 trilion jika ia terus berpanjangan.

Ekonomi global boleh dijangkakan akan menerima kesan yang amat besar jika konflik antara Hamas dan Israel terus meningkat, lapor New York Times (NYT)  pada hari Rabu, yang dipetik dari pakar ekonomi terkemuka syarikat tersebut.

Gregory Daco, Ketua Ekonomi di EY-Parthenon, yang merupakan perunding strategi global Ernst & Young, memberitahu NYT bahawa dalam senario terburuk, tindakan ketenteraan di Timur Tengah akan mengakibatkan ekonomi dunia lebih teruk, seperti kemelesetan sederhana, kejatuhan harga saham dan kerugian $2 trilion.

Daco turut meramalkan bahawa harga minyak berkemungkinan akan meningkat kepada $150 setong daripada harga semasa $85.

Pada bulan lalu Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memberi amaran bahawa KDNK global boleh turun 5% dalam jangka panjang jika dunia berpecah kepada dua blok perdagangan akibat konflik yang semakin meningkat antara Israel dan Hamas.

Berdasarkan kepada kelembapan pembuatan yang semakin merundum, WTO juga mengurangkan unjuran 2023 untuk pertumbuhan perdagangan global kepada 0.8% daripada anggaran sebelumnya 1.7%.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: