Tempatan

Tidak Setuju Isu Kawalan Penjualan Arak Dibesar-besarkan – Profesor Denison Jayasooria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2021 – Dalam sebuah forum bertajuk “Prinsip Kesepaduan Sosial Dalam Membina Keluarga Malaysia: Realiti dan Cabaran” pada Sabtu baru-baru ini, Profesor Datuk Dr. Denison Jayasooria menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju isu kawalan penjualan arak dibesar-besarkan dan dicanang sebagai sebuah hak asasi orang bukan Islam.

“Minuman arak menjadi suatu isu hak asasi manusia untuk orang bukan Islam, perbincangan ini semakin rancak diperbincangkan di media sosial melebihi isu-isu yang lebih penting seperti kekasaran pihak penguatkuasa. Saya tidak bersetuju,” ujar beliau dengan tegas.

“Saya selalu menulis tentang had pengambilan alkohol. Kita patut melihatnya dari sudut impak sosial, penderitaan wanita dan kanak-kanak, keganasan rumahtangga dan kemalangan jalan raya,” tambah Ketua Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) itu.

Beliau yang juga Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik (KITA) di UKM itu kemudiannya menegaskan bahawa negara-negara maju seperti England turut mempunyai undang-undang yang ketat dalam mengawal penjualan minuman keras.

“Negara-negara seperti England mempunyai undang-undang yang ketat dalam mengawal penjualan minuman keras. Di mana minuman keras boleh dijual, bila dan kepada siapa ia boleh dijual,” jelas beliau.

Baru-baru ini kerajaan mengusulkan supaya restoran dan kedai kopi perlu mendapatkan lesen bagi menjual minuman keras tetapi dasar tersebut telah dibatalkan susulan tentangan keras beberapa pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: