Antarabangsa

Filipina Tidak Iktiraf Sijil Vaksin Malaysia, Rakyat Malaysia Terkandas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANILA, 14 Februari 2022 – Pihak Imigresen Filipina menghalang 13 warga Malaysia bersama dua warga asing yang datang dari Malaysia dari memasuki negara itu berikutan sijil digital vaksin MySejahtera.

Menurut seorang penumpang yang tidak dinamakan, pihak imigresen Filipina menyatakan bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.

Baca: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Radang Jantung Selepas Vaksin

Baca: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

Baca: Booster Sebelum 1 Mac Atau Sijil Vaksin Penuh Bertukar – Menteri Kesihatan

Baca: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

Bukan itu sahaja, pihak imigresen Filipina memaklumkan bahawa mereka perlu divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Penumpang yang berada dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi telah divaksinasi di Singapura atau United Kingdom telah diberikan akses ke negara itu tetapi mereka yang divaksinasi di Malaysia telah ditolak masuk,” ujarnya seperti dilaporkan portal The Star.

Selain tidak dibenarkan memasuki negara itu, pasport mereka turut dirampas dan dimaklumkan akan dihantar pulang pada hari Selasa ini.

Kesemua pelancong itu datang ke Filipina bagi tujuan perniagaan, peribadi dan kemanusiaan.

Berikutan perkara ini, Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihak kedutaan sedang berhubung dengan agensi berkaitan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Manila @myembassymanila kini berada di lapangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino untuk memasuki Filipina.”

Terbaharu, Wisma Putra menerusi Twitter mereka memaklumkan, 7 orang dari 15 pelancong yang terkandas itu telah dibenarkan memasuki Filipina susulan tindakan pantas dari Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

“Wisma Putra dengan sukacita memaklumkan, 7 orang warga Malaysia yang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila!”

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Sijil vaksinasi dalam MySejahtera tidak boleh dipalsukan berikutan ia menggunakan teknologi blockchain yang tidak boleh disalin atau diulang cetak.

Isu pemalsuan sijil vaksinasi MySejahtera hanya boleh timbul jika pihak pengendali vaksinasi yang boleh mengemas kini MySejahtera menyalahgunakan kuasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: