Tempatan

e-Negarawan: Teroka Sejarah Negara Dengan Kod QR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 07 Julai 2023 – Menerusi Eksplorasi Negarawan atau e-Negarawan, sejarah negara kini boleh diterokai dengan hanya melalui imbasan kod respon pantas (QR Code), menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, seperti yang dilaporkan sebuah berita nasional.

Beliau berkata, e-Negarawan merupakan satu produk yang dibangunkan oleh Arkib Negara Malaysia sebagai medium untuk menyebar luas informasi serta pemahaman mengenai tokoh-tokoh negarawan di Malaysia.

“Sebanyak 10 Arkib Memorial terlibat dalam projek ini dan kesemuanya menyimpan bahan-bahan arkib yang berkaitan dengan tokoh-tokoh negarawan daripada pelbagai kaum dan agama. e-Negarawan ini akan menjadi medan membina jati diri dan semangat patriotisme yang sangat sesuai untuk generasi muda.”

BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon

BACA JUGA: Malaysia Kritik Sikap Pilih Kasih Barat Lindungi Rejim Israel

BACA JUGA: Fenomena Gelombang Haba,  Nasihat Akan Dikeluarkan Jika Suhu Melebihi 37 Darjah Celsius

“Walaupun begitu, bukan bermaksud kita tidak menggalakkan orang ramai melawat secara fizikal, sebaliknya memberikan peluang dan kesempatan kepada semua masyarakat untuk menikmati lawatan secara interaktif dan berinformasi,” ujar beliau sewaktu berucap dalam pelancaran Galeri Maya e-Negarawan di Arkib Negara Negeri Kedah/Perlis, Alor Setar, semalam.

Dalam masa yang sama, kata beliau, e-Negarawan bukan sahaja penting dalam memelihara rekod dan bahan bersejarah negara, tetapi ia turut memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya generasi muda untuk mengenali sejarah dan budaya bangsa dengan lebih mendalam.

“Pengunjung tempatan dan antarabangsa boleh menyusuri galeri maya ini secara percuma melalui #klikdijari, imbasan kod respon pantas (QR Code), media sosial rasmi Arkib Negara Malaysia atau laman sesawang di www.arkib.gov.my,” katanya.

Justeru, Kementerian Perpaduan Negara bertekad untuk terus menyokong usaha jabatan serta agensi seperti Arkib Negara Malaysia bagi memastikan matlamat dalam membentuk perpaduan dan meningkatkan rasa cinta terhadap negara terus konsisten.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: