Tempatan

E-Hailing Mahal: Ingat Nak Sokong Teksi, Tapi Harga Cekik Darah – Warganet

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 31 Mei 2022 – “Ingat nak sokong teksi-teksi ini. Tapi sampai harga cekik darah. It’s okay, sanggup lagi aku kayakan Grab,” luah seorang pengguna media sosial, Nazeera Nasir dalam Twitternya baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, beliau juga menceritakan bahawa pemandu teksi yang dihampirinya enggan menerimanya sebagai penumpang.

“Saya tak faham dengan teksi. Balik dari Singapura, saya cari kenderaan untuk balik dari JB Central. Ingatkan nak sokonglah para pemandu teksi, saya pergilah kepada salah seorang dari mereka dan beritahu ke mana saya nak pergi. Mereka TOLAK saya macam itu sahaja. Tak tanya pasal meter, tak tawarkan harga pun.”

Tambah Nazeera, beliau juga menyaksikan pemandu teksi di sana meminta tambang sebanyak RM100 dari individu lain untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Skudai.

“Lepas tu saya nampaklah ada orang tanya salah seorang dari mereka untuk ke Skudai dan mereka minta RM100. JB ke Skudai cuma 20 minit perjalanan. Orang tu cakaplah ‘Grab RM40 sahaja’ dan tiba-tiba pemandu teksi tu jerit ‘TEKSI BUKAN GRAB OKAY. TAK NAK SUDAH’,” cerita Nazeera lagi.

Katanya lagi, berdasarkan pemerhatiannya pada hari itu, pemandu teksi dilihat sanggup tidak mempunyai penumpang dari mengurangkan harga tambang.

“Takkanlah you sanggup tak dapat duit hanya sebab penumpang tak setuju dengan harga tambang yang jelas melampau. Jadi kebanyakan penumpang akhirnya pilih e-hailing. Peliklah” ujar Nazeera.

Luahan kekecewaan tentang khidmat teksi ini turut disetujui oleh beberapa orang pengguna media sosial lain.

“Teksi kalau tak ikut meter memang auto mahal. Dah la mahal, ikut kepala pulak tu, kena tunggu 2-3 org nak lalu jalan sama baru nak gerak,” kata @naim_rajin.

“Geng-geng teksi memang kurang ajar pun~ dulu masa zaman Uber baru menapak kat Malaysia, kat pusat beli belah sini ada sekumpulan pemandu teksi yang akan tunggu kat depan lobi, cari pelanggan.”

“Siapa-siapa yang guna servis Uber, mereka akan ramai-ramai baling batu dekat kereta Uber tu sebagai tanda mogoklah konon,” kata @nzranasr pula.

April lalu, portal Berita Harian melaporkan, pengguna teksi di Johor Bahru kesal dengan tindakan sesetengah pemandu teksi di bandar raya itu yang mengenakan tambang melampau dan enggan menggunakan meter.

Pekerja Malaysia di Singapura, Mimie Ahmad, terkejut apabila pemandu teksi di JB Sentral, mengenakan tambang RM60 untuk perjalanan dari JB Sentral ke Kampung Setanggi yang hanya sejauh 6.8 kilometer (km).

Katanya, jumlah itu bukan sahaja tidak masuk akal malah sangat melampau berbanding menggunakan perkhidmatan e-hailing yang hanya mengenakan caj RM11.

“Saya gunakan perkhidmatan teksi kerana masih belum menukar nombor telefon ke talian tempatan menyebabkan tidak dapat menggunakan perkhidmatan e-hailing di Johor Bahru.”

“Namun saya bernasib baik kerana ada pemandu teksi lain yang mengenakan tambang RM20 dan saya menggunakan perkhidmatannya selepas bertekak dengan pemandu teksi cekik darah itu” katanya.

Tambah portal itu lagi, berikutan itu, jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor yang dihubungi meminta pengguna yang teraniaya membuat aduan terus ke Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi diambil tindakan.

“APAD sebenarnya mempunyai jadual tambang khusus setiap perbatuan bagi pengangkutan awam terutama teksi dan mereka tertakluk pada tambang mengikut jadual dikeluarkan agensi itu.”

“Sekiranya terdapat sebarang aduan, pengguna boleh hubungi talian hotline di 1-800-88-7723 (APAD).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: