Antarabangsa

Saudi Gesa Jemaah Waspada Dengan Scammer Penipuan Haji Umrah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 18 April 2023 – Pihak berkuasa Saudi menggesa jemaah yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah supaya berwaspada dengan scammer penipuan pendaftaran ibadah berkenaan secara atas talian.

Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU), Hisham Saeed menegaskan bahawa jemaah perlu menggunakan akaun rasmi kementerian dan akan dipilih menerusi saluran rasmi haji negara masing-masing.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran kejadian terbaharu di mana scammer telah menipu rakyat di Pakistan dengan menggalakkan mereka mengikuti pautan ke laman web palsu.

Ujar Hisham, “Kementerian tidak mengetahui sumber pautan itu, yang tersebar baru-baru ini, namun ia pastinya bukan milik Kementerian Haji dan Umrah. Semua jemaah perlu mengelakkan pautan seperti itu.”

BACA JUGA: Azan Maghrib 5 Minit Awal, Pengurusan Masjid Ar-Rahimah Mohon Maaf

BACA JUGA: Cuaca Panas: Kementerian Sumber Asli Nasihat Orang Ramai Jimat Penggunaan Air

BACA JUGA: 13 Kawasan ‘Hotspot’ Kemalangan Di Melaka Jadi Tumpuan Aidilfitri Ini

Dalam pada itu, Ahmed Saleh Halabi, penasihat perkhidmatan Haji dan Umrah mendedahkan, jemaah sering menjadi sasaran penjenayah siber, dengan ada di kalangan mereka mendakwa sebagai wakil kepada badan bukan berasaskan keuntungan Saudi iaitu Misk Foundation.

Bagaimanapun, tegasnya, Misk tidak akan secara bebas menganjurkan perjalanan untuk jemaah umrah luar Kerajaan Arab Saudi tanpa bekerjasama rapat dengan MoHU serta kedutaan Saudi yang berkaitan.

Di samping itu, Mohsin Tutla, Pengerusi Yayasan Jagaan Haji dan Umrah berkata, “Teknologi digital menawarkan kelebihan yang canggih jika digunakan dengan niat yang betul dan beretika; namun ia boleh memudaratkan jemaah yang menjadi mangsa penipuan setiap tahun dengan laman web palsu yang direka untuk menarik jemaah haji membeli pakej yang mereka (penipu) tidak berniat untuk hormati.”

Mengulas lanjut, setiap tahun Raja Saudi mengalu-alukan kehadiran jemaah terpilih dari masyarakat Islam seluruh dunia untuk menunaikan haji sebagai tetamu istimewa Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: