Antarabangsa

Durian Filipina Lulus Masuk Pasaran China

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANILA, 11 September 2022 – “Durian segar dari Filipina tidak lama lagi boleh didapati di pasaran China, menurut hasil penilaian yang dijalankan oleh pasukan pakar anjuran kedutaan China baru-baru ini,” ujar Duta Besar China, Huang Xilian dalam satu kenyataan media mengenai kelulusan buah tersebut yang bakal dieksport ke China pada akhir tahun ini.

Kemasukan buah itu secara tidak langsung telah menawarkan China kaedah bagi meningkatkan hubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara kerana Beijing telah berjanji untuk mengimport lebih banyak durian dari negara jiran.

Ia antara usaha yang dilakukan secara strategik dalam mengukuhkan hubungan dengan wilayah penting ketika berlakunya persaingan yang semakin sengit dengan Amerika Syarikat.

Menurut Huang Xilian, di samping memenangi hati pencinta durian di negara itu, kemasukan “durian segar berkualiti tinggi” dari Filipina ke China itu juga akan memberi manfaat kepada ratusan ribu petani buah-buahan di negara Asia Tenggara.

Thailand antara negara pengeksport terbesar durian segar ke China, diikuti negara Asia Tenggara lain termasuk Malaysia dan Vietnam.

Buah yang terkenal dengan gelaran ‘raja buah’ itu dilaporkan bakal diimport dari bandar Davoa di Pulau Mindanoa Selatan Filipina yang juga merupakan kampung halaman mantan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Berdasarkan kenyataan Pengarah Wilayah Jabatan Pertanian, Abel James I. Monteagudo, wilayah Davoa telah menyumbang sebanyak 78 peratus daripada pengeluaran durian Filipina dan separuh daripadanya berasal dari bandar Davao.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: