Tempatan

DUPP Gesa Batalkan Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Di Ibu Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 November 2023 – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Kerajaan membatalkan penganjuran pertandingan ratu cantik, Miss World Noble Queen International 2023 yang dijangka berlangsung di ibu negara, Kuala Lumpur Disember ini.

Menerusi sebuah kenyataan, DUPP berpandangan, “Program sedemikian bukan sahaja memberikan imej buruk kepada negara kita, bahkan sangat tidak bertepatan dalam suasana kesengsaraan yang menimpa saudara kita di Palestin.”

Mereka juga sependapat bersama beberapa orang Mufti yang menyatakan bahawa sebarang program hiburan melalaikan termasuk konsert Coldplay tidak patut dibenarkan dalam negara.

“Apakah kita masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran terhadap bala bencana yang pernah menimpa negara sebagai suatu teguran daripada Allah SWT?”

Justeru itu, DUPP menegaskan desakan terhadap Kerajaan supaya segera membatalkan program ratu cantik itu selain mengeluarkan suatu pekeliling untuk memastikan tiada lagi program sedemikian boleh dibenarkan berlangsung dalam negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: