Antarabangsa

Dunia Kini Bergerak Ke Arah Multipolarisme – Xi Jinping

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 20 Mac 2023 – Presiden China Xi Jinping, menetapkan pendiriannya dalam lawatan minggu ini ke Moscow dengan menegaskan bahawa tiada satu negara pun yang boleh menentukan perintah antarabangsa.

Ujarnya, hubungan Rusia dan China yang semakin baik dalam tempoh sepuluh tahun ini, semenjak beliau memegang jawatan dan berikrar bahawa peralihan dunia ke arah multipolarisme yang dibebaskan daripada dominasi AS tidak akan dihentikan.

BACA JUGA: DUN Johor Guna Istilah ‘Pengimbang’ Ganti ‘Pembangkang’

BACA JUGA: Tun M Mohon Tandatangan Proklamasi Orang Melayu Jika Sayang Bangsa

BACA JUGA: Malaysia ‘Milik Semua’ Mengelirukan, Adakah Tanah Rizab Melayu Bakal Dikorbankan?

Menurutnya, dunia hari ini sedang melalui perubahan besar yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Trend lazim multipolariti dunia, globalisasi ekonomi dan demokrasi yang lebih besar dalam hubungan antarabangsa tidak dapat dipulihkan.

Xi turut menyatakan bahawa selagi mana semua pihak menerima visi keselamatan bersama, komprehensif, kerjasama dan mampan, dialog dan perundingan yang adil dan rasional maka cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional, serta perbuatan hegemoni dapat diatasi.

Komuniti antarabangsa telah mengakui bahawa tidak ada negara yang lebih unggul daripada negara lain, tidak ada model tadbir urus yang universal dan tidak ada satu negara pun yang harus menentukan perintah antarabangsa. Kepentingan bersama semua manusia adalah bersatu dan aman, bukannya berpecah-belah.

Beliau menjangkakan bahawa China dan Rusia, sebagai rakan pengembara dalam perjalanan pembangunan dan peremajaan, akan memberikan sumbangan baharu dan lebih besar kepada kemajuan manusia.

Xi turut menyeru agar meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti dari sudut pelaburan dan kerjasama ekonomi antara China dan Rusia, serta penyelarasan dasar yang lebih kukuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: