Dunia Harus Cegah Tercetusnya ‘Perang Dingin Baharu’
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BEIJING, 28 Ogos 2022 – “Semua pihak perlu berwaspada terhadap sebarang niat untuk mencetuskan provokasi dan perpecahan serta pertentangan bagi melindungi kestabilan strategik global, sekali gus mencegah daripada tercetusnya ‘Perang Dingin Baharu’,” kata wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun.
Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri mesyuarat terbuka mengenai isu Ukraine anjuran Majlis Keselamatan PBB, Rabu lalu.
Kata beliau, berlakunya krisis Ukraine itu menunjukkan betapa pentingnya kerjasama dari seluruh dunia untuk bersatu padu dalam berhadapan dengan sebarang cabaran.
Jelas beliau, perluasan kuasa North Atlantic Treaty Organization (NATO) telah gagal melindungi Eropah sebaliknya mendatangkan punca konflik.
“Hakikatnya, umat manusia merupakan komuniti keselamatan yang tidak boleh dipisahkan.”
“Oleh itu, keselamatan bersama adalah selaras dengan kepentingan bersama pelbagai negara,” tegasnya.