Tempatan

Tepung Ubi Gadong Sebagai Alternatif Tangani Krisis Tepung Gandum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Julai 2022 – Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Faizal Abdull Razis menjalankan penyelidikan ke atas ubi gadong sebagai alternatif sumber kanji baharu dalam usaha menghadapi krisis bekalan tepung gandum.

Katanya, ubi gadong yang merupakan tumbuhan ubi liar itu berpotensi untuk diproses menjadi tepung dan ia setanding dengan tepung gandum.

Menurut beliau, tumbuhan berkenaan yang nama saintifiknya Dioscorea hispida Dennst. mempunyai beberapa keistimewaan sebagai alternatif kepada tepung gandum.

Antaranya, ubi gadong mempunyai kandungan kanji yang seratnya tinggi serta kandungan glutennya yang rendah sekali gus menjadikan ia sesuai untuk diambil oleh mereka yang mempunyai alahan terhadap gandum.

Malah, kandungan serat yang ada dalam ubi tersebut turut boleh membantu dalam melancarkan sistem penghadaman, memperbaiki penyakit kardiovaskular serta menurunkan paras kolesterol dan obesiti.

Namun katanya, penggunaan tepung ubi gadong dalam penghasilan produk makanan dan bakeri masih dalam pertimbangan bagi menjamin keselamatan makanan.

Mei lalu, India mula menghentikan pengeksportan gandumnya berikutan ancaman keselamatan bekalan makanan susulan harga bijirin global yang mengalami peningkatan mendadak.

Ia bagaimanapun disangkal oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang mengatakan bahawa kekurangan bekalan tepung adalah disebabkan oleh permintaan tinggi terhadap jenama tertentu di pasaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: