Tempatan

RCI Buku Tommy Thomas Buang Duit, Tokoh Politik PH Bangkang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – “Saya sangat tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan sekarang dalam memulakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk memoir Tommy Thomas “My Story: Justice in the Wilderness”.”

“Pada pandangan saya, Kerajaan tidak sepatutnya membazirkan sebarang dana awam dengan menubuhkan RCI terhadap bekas Peguam Negara itu,” tegas Mohamed Hanipa Maidin, ahli Parti Amanah.

BACA JUGA: Malaysia-Indonesia Perlu Bekerjasama Kuasai Industri Halal Global – Duta Indonesia

BACA JUGA: Ops Gerak: 3 Kenderaan Diesel Ditahan Gagal Mematuhi Piawaian

BACA JUGA: 1,000 Kawasan Potensi Tanah Runtuh Dikenal Pasti, Namun Kementerian Akui Tiada Dana

Ujarnya lagi seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal tempatan, Kerajaan baharu tidak sepatutnya menghantar sebarang mesej yang bercampur-campur atau salah kepada bakal pelabur – asing dan domestik – dengan meneruskan apa yang boleh ‘dilihat’ sebagai dendam terhadap bekas Peguam Negara tersebut.

Tambahnya, sekiranya buku Thomas mengandungi sebarang unsur jenayah di dalamnya, negara mempunyai mekanisme yang diperlukan untuk membawanya ke muka pengadilan mengikut undang-undang.

Oleh yang demikian, Hanipa yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) menegaskan bahawa Kerajaan tidak perlu meneruskan penubuhan RCI bagi menyiasat buku penulisan Tommy Thomas.

“Kerajaan harus mengelak dalam apa cara sekalipun digelar sebagai musuh kebebasan bersuara dan ekspresi dengan bersetuju dengan penubuhan RCI menentang buku Thomas.”

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti secara menyeluruh Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: