Tempatan

Duit Hilang Selepas Reset, Pengguna Tabung MAE Beri Amaran

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2022 – Seorang pengguna Tabung MAE, Maybank, memberi peringatan dan amaran kepada pengguna bank itu untuk berhati-hati menyimpan wang di dalam tabung bank berkenaan selepas wang yang disimpannya lesap.

“Tabung MAE tu bahaya ya guys. Jangan letak banyak sangat duit dalam tu. I reset I punya online banking selepas tu tabung I semua hilang. Literally kosong dan ambil masa selama 16 hari untuk mereka dan buka siasatan untuk kembalikan semula wang SAYA,” luah @madermn dalam Twitternya.

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-5.25.05-PM-1-300x217.jpeg

Katanya lagi, “Bahaya maksud I, duit awak masih boleh dapat semula tapi kena tunggu 16 hari????? Kalau jenis yang terdesak guna duit memang hauk lah. Kalau simpan manja-manja boleh je tapi tu lah I dah serik.”

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-5.25.05-PM-4-300x175.jpeg

Menurut @madermn, beliau terpaksa set semula (reset) akaun bank onlinenya atas nasihat Maybank selepas wujud percubaan dari luar untuk mengakses akaunnya.

“Ada cubaan untuk akses online banking I, Maybank sekat akaun dan nasihat pergi ke cawangan untuk aktifkan dan set semula identiti (ID). Jadi pegawai set semula semuanya tapi dia tak ada sebut pun yang duit tabung MAE akan hilang sekali (mungkin dia agak terus sync akaun baru) yang semestinya bukan dalam kes saya.”

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-5.25.05-PM-3-300x246.jpeg

Perkongsiannya ini mendapat perhatian warga media sosial lain termasuklah dari pihak Maybank sendiri.

“Salam sejahtera. Kesulitan amat dikesali. Tidak perlu bimbang, kami akan bantu anda. Kami menghargai jika anda dapat kongsikan nama penuh dan nombor telefon melalui DM bagi bantuan lanjut. Terima kasih.”

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-5.25.05-PM-2-300x214.jpeg

@madermn kemudiannya menegaskan, kejadian ini mungkin hanya berlaku terhadap dirinya sahaja. Oleh itu, pengguna Twitter lainlah perlu membaca ciapannya dari awal hingga akhir bagi mengelakkan kekeliruan.

“Untuk mengelakkan kekeliruan ya. Tolong baca tweet sampai habis. Mungkin ini berlaku kepada pihak saya sahaja. Nasihat saya, sebelum melakukan apa apa transaksi berkenaan dengan duit, pastikan anda tanya lebih terperinci.”

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-5.25.05-PM-300x294.jpeg

Jelas beliau lagi, jika pegawai tersebut memaklumkan perkara ini dari awal, kekeliruan itu boleh dielakkan.

“Mungkin kalau pegawai tu maklumkan saya dari awal macam ni, mungkin kekeliruan boleh dielakkan. Pihak bank tidak boleh jangka bahawa pengguna tahu polisi sedemikian. Apapun terima kasih atas penjelasan pihak tuan,” kata @madermn.

WhatsApp-Image-2022-06-10-at-5.25.04-PM-300x226.jpeg

April lalu, Kosmo melaporkan, pengguna media sosial kecoh selepas pengguna Maybank mendapati wang simpanan mereka hilang.

Mereka juga gagal mengakses MAE dan M2U selain gagal menggunakan kad debit mereka.

“Kenapa dengan Maybank? Tengok tadi ada duit, sekarang dah kosong. Dalam tabung pun, tengah nak guna duit ni,” kata Julyana.

“Dua kali nak guna kad debit, tapi tak berjaya. Terpaksa pakai kad lain, tiba-tiba Maybank kasi notifikasi transaksi yang gagal tadi berjaya,” kata Fitri.

Tidak lama selepas itu, pihak Maybank mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa penggunaan kad debit tergendala seketika dan Maybank juga sedang berdepan masalah teknikal di aplikasi miliknya iaitu MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u.

Leave a Reply

Back to top button